Monday, April 28, 2008
Friday, April 25, 2008
Sunday, April 20, 2008
Hershey's Pennslyvania
Hershey's Chocolate World......yummmy.......chocolattte.......
Trip berjalan-jalan telah bermula dari sekarang, tak tau la....mood jejalan tetiba datang mungkin tu petanda dah nak balik kot.....he he he....
Semalam kami telah pergi ke bandar Hershey PA, makan masa selama 2 jam setengah bersama kawan setia kami Fauziah and anak2......Syakil tak dpt ikut kerna bekerja pada weekend ni......
Seronok kami anak beranak berjalan ke Hershey Chocalate World coz banyak tarikannya kat sini. Kami sempat menaiki Ride Tour, 3D, dan Trolley Work Tour yang menbawa kami meronda bandar Hershey, Kilang Hershey, Garden Hershey ngan Rumah Kediaman Tokeh Hershey.....
Ok juga, rasanyer berbaloi juga sampai ke sini cuma terkilan sikit tak dpt ke Noritake Outlet sbb masa tak mengizinkan.........
Kami bawa bekalan Nasi Lemak Sambal Udang untuk lunch kat sini, biasala org melayu mesti nak makan nasi punyer kan! ....emmm ok laaa tuuu!!!
Posted by Ismaliza Neezam at 5:51 PM 5 comments
Amish Pennslyvania
Selepas ke Hershey kami bertolak pula ke Amish Farm and House di Lancaster lebih kurang 45 minit perjalanan. Sebenarnya tujuan asal adalah mahu melihat kehidupan orang Amish di sini tapi silap tempat pulak!.....kami hanya pergi ke tempat visitor center jer.....ok la tu....
Amish ni asalnyer dari Lancester dan banyak juga kat Ohio, mereka ni golongan orang yang tak mahu menerima kemodenan, sayangnya kita tak dapat berjumpa dengan orang Amish tu kerana mereka dah berpindah ke tempat lain disebabkan tempat asal mereka tu dah jadi tempat visitor datang untuk melihat kehidupan mereka. Kami hanya dapat melihat sekolah tempat anak2 org Amish belajar, ladang-ladang mereka dan sedikit sebanyak bahan peninggalan mereka di situ.....ok laa tuuu......!
Posted by Ismaliza Neezam at 5:15 PM 5 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)